SiapStudio · Kuala Lumpur
Kami bina sistem yang bisnes anda belum ada.
Dua minggu untuk cari puncanya. Kemudian sistem dibina pada harga tetap, berjalan di server anda sendiri. Kodnya milik anda.
Skop tetap. Dikreditkan penuh ke projek anda, jadi kalau anda teruskan, Evaluation itu tak menambah kos.
01 · Di mana anda
Ramai minta AI sedangkan masih di tangga pertama.
Kami beritahu anda di tangga mana anda berada sebelum kami beri sebarang harga. Kadang-kadang jawapannya: AI boleh tunggu.
Digitalisasi
Keluar daripada kertas dan spreadsheet yang hanya seorang faham.
Satu projek harga tetap.Penyatuan data
Satu tempat untuk semak data, bukan empat sistem yang tak bersambung.
Evaluation, kemudian satu projek. RM8,000–12,000, dikreditkan.Kecerdasan
Copilot dan automasi di atas data yang boleh dipercayai.
Evaluation, kemudian program berperingkat.02 · Apa kami bina
Kami bina apa yang masalah anda perlukan.
Automasi jualan
Dari pertanyaan ke sebut harga tanpa taip semula.
Copilot dalaman
Jawapan daripada SOP, harga dan rekod anda sendiri.
Automasi operasi
Kerja harian yang tiada siapa pernah buatkan alatnya.
Penyambung sistem
Pesanan ke akaun. Tempahan ke stok.
Status kerja, rekod pengeluaran dan penggunaan bahan, direkod di tempat kerja berlaku, bukan ditaip kemudian.
Order ke invois, stok merentas cawangan, dan harga khusus pelanggan, tanpa taip semula antara semuanya.
Status konsainmen, bukti penghantaran dan urusan pemandu, direkod atas jalan dan boleh dilihat tanpa telefon sesiapa.
Ambil pesanan dari semua saluran, masuk ke satu senarai yang pasukan anda dan akaun anda sama-sama percaya.
Stok, status pesanan dan pertanyaan pelanggan, dijawab dari sistem anda sendiri, bukan seorang menyemak empat skrin.
Penjadualan, peringatan dan susulan, dengan rekod pesakit kekal dalam pangkalan data anda sendiri.
Pengambilan klien, penapisan dan draf dokumen, berdasarkan templat dan kes lampau anda sendiri.
03 · Kaedah
Setiap peringkat ada tempoh dan hasilnya.
Kami baharu sebagai studio, tapi bukan baharu membina. Tiga belas tahun dalam industri ini, paling terkini mengetuai kejuruteraan bagi sebuah platform LLM yang digunakan syarikat besar di Malaysia. Walaupun begitu, tengok proses kami, bukan senarai klien. Tiada kejutan di tengah jalan.
Studio dua orang. Seorang daripada kami pegang projek anda dari mula hingga serah, jadi anda sentiasa tahu dengan siapa anda berurusan. Apa yang lindungi anda kalau kami tiada ialah kod dan dokumentasi yang sudah milik anda, bukan bilangan pekerja kami.
04 · Pemilikan
Apa kami bina, anda punya.
Kebanyakan alat AI di sini disewa. Berhenti bayar, semuanya hilang bersama data anda.
Kerja yang lebih besar daripada satu projek dipecah kepada beberapa peringkat. Setiap peringkat ada skop dan harga sendiri, dan setiap satu tinggalkan anda dengan sesuatu yang berfungsi. Anda boleh berhenti di mana-mana sempadan dan simpan apa yang sudah dibina.
05 · Bukti
Dua sistem, milik kami, sudah berjalan.
Kami belum ada senarai klien, jadi ini yang paling hampir. Semuanya kami bina, lancarkan dan jalankan sendiri, atas sistem yang sama seperti projek anda nanti.
Terima order dan jawab soalan, di laman web kedai sendiri
Pelanggan bertanya di laman web kedai itu sendiri. Pembantu itu menjawab berdasarkan produk dan harga kedai itu sendiri, ambil order terus daripada perbualan, dan rekodkannya. Tiada aplikasi untuk dipasang, di kedua-dua belah pihak.
siaporder.mySemakan saringan untuk pasukan pematuhan
Pasukan pematuhan masukkan satu nama. CekapAI menyemaknya dengan senarai sekatan, individu berpengaruh politik (PEP) dan berita negatif dalam bahasa-bahasa Asia Tenggara, kemudian memberi skor risiko berserta sumbernya dan rekod yang boleh diaudit oleh pengawal selia.
cekapai.myKami yang bina, kami yang lancarkan, dan kami yang jalankan. Klien dapat susunan yang sama. Sistem itu duduk dalam persekitaran mereka sendiri, bukan di belakang login ke sistem kami.
06 · Soalan
Soalan sebelum mula.
07 · Mula
Ceritakan masalah anda.
Lima ruangan sahaja. Kami balas dalam satu hari bekerja, dan kami akan beritahu jika kami bukan studio yang sesuai.